Pesanan ana

Dengan nama Allah yg maha pengasih dan penyayang
solawat dan salam ke atas nabi muhammad saw dan ke atas ahlinya sehingga kehari qiamat

Keluarga Bahagia, didirikan kerana Allah azzawajalla dengan mengikut sunnah nabi Muhammad saw

Kepada:

Ahli keluarga ku;


Assalamualaikum w wbth,

Sekiranya ditakdirkan ana meninggal dunia lebih dahulu, inilah wasiat yg dapat ditinggalkan.

Baca, fahami dan amalkan, hafalkan, kutbah terakhir nb kita Muhammad saw. pada hajatul wida'

Bersungguh-sungguhlah di dalam ketaqwaan, iman dan amalan soleh dan in sya Allah kamu tidak mati melainkan diri berada di dalam keadaan Islam.

Panduan lengkap ADALAH AL QURAN DAN SUNNAH NB MUHAMMAD SAW.

Sekiranya tidak tahu bertanyalah kepada mereka yang Ahli mengenainya.

Kenal mengenali antara satu sama lain supaya kita dapat buat taat kepada Allah swt pencipta kita.

Selamat tinggal, mudah mudahan dengan kehendak rahmat dan pertolongan Allah azzawajalla kita dapat bertemu kembali di alam akhirat yang kekal abadi di dalam keredhaan Nya. Diharabkan keampunan juga di atas kelemahan ana. Semoga kita semua berada di dalam rahmat Allah azzawajalla.

Wasalam.