iبِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan Nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang. Solawat dan salam kepada nb Muhammad saw dan ahlinya. Ya Allah kurniakanlah kami taufik untuk menunaikan amanah yg telah Mu pertanggungjawabkan kepada kami..

Ya Allah jadikanlah oleh mu bagiku cahaya pada hatiku dan cahaya pada kuburku dan cahaya pada pendengaranku dan cahaya pada penglihatanku dan cahaya pada rambutku dan cahaya pada kulitku dan cahaya pada dagingku dan cahaya pada darahku dan cahaya pada tulangku dan cahaya dihadapanku dan cahaya daripada belakangku dan cahaya daripada kananku dan cahaya daripada kiriku dan cahaya daripada atasku dan cahaya daripada bawahku ya Allah tambahilah oleh mu akan daku cahaya dan berilah oleh mu akan daku cahaya dan jadikanlah oleh mu bagiku cahaya.

Ya Allah pimpinlah kami kepada MU..

Aku mohon perlindungan Allah yang mulia yang mempunyai kalimah-kalimah yang sempurna, yang tidak boleh mengatasinya oleh makhluk baik dan makhluk jahat, daripada kejahatan yang turun dari langit, dan dari kejahatan yang naik kepadanya, dan dari kejahatan yang dijadikan Allah di muka bumi, dan dari kejahatan yang keluar dari bumi, dan dari fitnah-fitnah malam dan siang, dan dari apa-apa yang datang diwaktu malam dan siang, melainkan yang datang untuk kebaikan Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.

Kemaskini 13.01.1011 08:53a

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD (SAW)

Khutbah ini disampaikan pada 9hb, Zulhijjah, di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Zulhijjah = bulan suci, kota makkatulmukarramah = kota suci, jiwa dan harta setiap orang muslim = amanah suci, kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang yang berhak, janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.

Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu, dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspada terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu, dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Kamu ada hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam susana kasih sayang, Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya meeka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah dan dilarang melakukan zina.

Dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, sembahlah Allah, dirikan solat 5 kali sehari, berpuasalah di bulan ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia dari yang lain kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaan ku.

Tiada lagi nabi atau rasul selepas ku dan tidak akan lahir agama baru. Nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. itulah Al Quran dan sunnah ku.

Yang mendengar >>> kepada orang lain >>> sampaikan kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih lebih memahami kata-kata ku dari mereka yang mendengar terus dari ku.

Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu.

Wed,05/06/2013 @04:18am 25/07/1434

No comments:

Post a Comment